STAR CRUISES





SUITE / STATEROOM
 
 
 


FACILITIES
 
 
 
 
 
 
 

<< BOOK NOW >>

Star Cruises
Undangan yang ikhlas dari armada
kapal layar yang paling popular di Asia.

Teragung di rantau Asia
Inginkan suatu yang unik dengan rakan karib anda? Star Cruises, percutian yang disyorkan di rantau Asia merupakan pilihan yang sewajarnya! Layanan berciri Asia yang mesra ini pasti menyempurnakan percutian anda. Diserikan dengan anugerah “Kapal Layar Teragung di rantau Asia” 10 tahun berturut-turut serta pujian daripada orang ramai, ini mengukuhkan lagi taraf Star Cruises dalam sektor pelancongan. Sekiranya anda impikan percutian lautan yang unik, jom berlayar bersama kami untuk merasai kebebasan yang tiada batasan di lautan yang luas dan indah.
*Dianugerahkan oleh TTG Asia

Superstar Libra
Di Superstar Libra, kami menjemput anda menikmati percutian lautan yang bebas masalah! Rekabentuk moden Superstar Libra bukan sahaja menawarkan 706 buah bilik dan suite yang luas dan selesa, infrastruktur hiburan khas yang disediakan seperti pusat latihan golf, gim, jakuzi, kolam renang terbuka. Stardust Lounge, Skyline KTV dan Boomer’s memberikan peluang untuk anda untuk menunjukkan bakat dan kehebatan anda di lautan yang luas!
Restoran Blue Lagoon, Restoran Bufet Mariners, Restoran Four Seasons, Restoran Ocean Palace dan Lickety Splits sentiasa menghidangkan juadah bertaraf antarangbangsa dan berciri khas Asia kepada pelancong bagi memenuhi selera anda sepuas-puasnya. Penghibur-penghibur professional di pentas pertunjukan kami mempersembahkan aksi-aksi terhandal mereka.
Dari pertunjukan solo oleh pemain piano kami, tarian dam nyanyian yang penuh bertenaga serta pertunjukan inovasi asli yang mengintegrasikan akrobat dan drama, kesemua ini pasti menemani anda sepanjang percutian ceria anda.

Eksplorasi
Layari Laut Andaman dengan tiupan bayu yang menenangkan. Bersantai serta baring di pantai pasir yang putih dan halus sambil menikmati sinaran matahari. Anda boleh menghiburkan diri dengan pemandangan semulajadi indah yang terdiri daripada pulau yang indah menghijau dan air laut yang jernih lagi sejuk. Aktiviti snorkeling anda pasti ditemani ikan-ikan tropikal yang berwarn-warni membolehkan anda merasa ketenangan yang luar biasa. Selepas senja, nikmati keseronokan membeli-belah di pasar malam Phuket, ataupun luangkan masa di bar sambil menjamu selera dengan makanan Thai dan minuman bagi menenangkan lagi percutian unik anda.

Nikmati
Selepas menonton pertunjukan khas di kapal layar ataupun menunjukkan bakat nyanyian anda di Skyline KTV, susur ke dalam gim untuk ketenangan badan dan minda dengan sauna ataupun urutan supaya tubuh dan jiwa anda segar seperti sediakala.

Bersenam
Sekiranya anda masih tidak keletihan selepas mendarat di dek, lepaskan tenaga aktif anda dengan bersenam. Aktiviti joging di gim, golf di pusat latihan golf ataupun terjun ke dalam kolam renang terbuka, kesemuanya ini mempu memberikan anda kepuasan yang bertenaga ketika di lautan luas.

Menjamu Selera
Restoran-restoran bertaraf bintang yang terdapat di dek menawarkan pelbagai hidangan Asia Tenggara serta bufet antarabangsa berciri Kontinental. Kesemua hidangan ini disediakan untuk anda nikmati dengan sepuas hati. Selepas menjamu selera di restoran-restoran tersebut jangan lupa mengunjungi Lickety Splits dan Coconut Willy’s. Anda boleh menikmati aiskrim yang enak dan wangi di Lickety Splits ataupun beriadah di Coconut Willy’s dengan koktil yang sejuk sambil berkongsi cerita dengan rakan karib anda di bawah gemerlapan bintang.


Memilih Tanpa Batasan
Konsep percutian kapal layar inovasi kami membolehkan pelancong menjadi peneraju utama perancangan percutian anda! Anda membuat keputusan mengenai pakaian yang dipakai, aktiviti yang dilakukan mahupun teman yang anda pilih untuk menikmati juadah di restoran. Kesemua ini memastikan para pelancong menikmati percutian sesuka hati.

Penginapan yang Mewah Keseronokan yang Luar Dugaan
Terdapat pelbagai jenis bilik penginapan yang disediakan untuk memenuhi berbagai jenis citarasa serta bajet. Kami membolehkan anda bersama saudara-mara dan rakan taulan menikmati keselesaan ketika bercuti bersama kami.

Juadah dan Minuman Menambat Selera
Pelbagai juadah kami merupakan hasil tangan cef bertaraf antarabangsa. Segala juadah seperti pastry Cina mahupun buffet antarabangsa disediakan khas untuk menambat selera dan hati anda. Anda dan kawan anda juga mampu menikmati hidangan jenis Kontinental di Restoran Four Seasons, ataupun snek ala Asia di Restoran Blue Lagoon sebelum melangkah ke Coconut Willy’s untuk merayakan persahabatan dengan minuman yang mempesonakan.

Infrastruktur Lengkap Menanti Anda
Kehidupan anda pasti lebih bererti sebaik sahaja anda berada di tengah laut! Anda boleh merasa keseronokan golfing di padang golf terbuka, ataupun bersenam di gim kami yang serba lengkap. Jikalau anda ingin mengadakan pertandingan dengan ahli keluarga, berenang di kolam renang yang terbuka serta bermain bola di Dek Senaman juga merupakan aktiviti riadah yang mengembirakan. Selepas mengeringkan peluh, berehatlah dengan urutan seluruh badan ataupun pakej kecantikan kulit yang komprehensif.

Hiburan Sehingga Larut Malam
Percutian di lautan bahagia merupakan keutamaan kami. Oleh itu, kami turut mengaturkan persembahan akrobat dan penghibur berkarisma yang bertaraf bintang di Stardust Lounge. Jika muzik dan tarian merupakan pilihan anda, Skyline KTV dengan gembiranya menyambut kehadiran anda. Anda juga boleh menunjukkan stail tarian tersendiri di Boomer’s.  


Superstar Libra sudah mendapat sijil HALAL dari JAKIM



No comments:

Post a Comment