HIKAYAT NAMA PULAU TIOMAN...

HIKAYAT NAMA PULAU TIOMAN...
Di Langkawi ada burung helang sebagai simbolik.
di sini adalah burung tiong..





Kisahnya dahulu ada seorang tua yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selain daripada bermain dengan burung tiung peliharaannya. Dia sangat sayang akan burung tiung itu kerana suaranya sangat merdu. Sebaik sahaja dia bangun dari tidur, orang tua itu akan menjenguk burungnya.

Burung itu juga menarik perhatian penduduk tempatan kerana kemerduan suaranya serta kebolehannya mengucapkan beberapa patah perkataan. Tiap-tiap petang mereka berkunjung ke rumah Pak Tua untuk mendengar suara burung tua itu.

Suatu hari, seperti biasa orang tua itu pergi menjenguk burung tiungnya sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya. Orang tua itu terperanjat besar apabila mendapati burung tiung kesayangannya itu sudah tiada di dalam sangkar. Orang tua itu sangat sedih.

Pada sebelah petang hari itu, seperti biasa orang datang untuk mendengar suara burung Pak Tua. Apabila melihat sangkarnya kosong, mereka terus bertanya kepada Pak Tua, “Ke mana perginya burung itu pak cik?”

Dengan sayu dia menjawab, “Tiung man dah mati.”

Itulah jawapan orang tua itu setiap kali dia ditanya berkenaan dengan burung tiungnya itu. ‘Man’ dalam loghat daerah pulau itu bermaksud ‘saya’.

Sejak peristiwa itu, pula uterus dikenali sebagai Pulau Tiongman. ‘Tiong’ adalah ejaan lama bagi ‘tiung’. Kemudian Tiongman diringkaskan pula menjadi Tioman. Nama itu kekal hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment