PELAYARAN INDAH MEMBOLOS SAMUDERA



PELAYARAN INDAH MEMBOLOS SAMUDERA
4 Hari 3 Malam/P. Pinang-Phuket-Krabi-P. Pinang


Ini kisah pelayaran yang Indah aku alami ketika menaiki kapal mewah SUPERSTAR LIBRA. Kapal ini merupakan salah satu kapal-kapal mewah milik Star Cruise yang berpengkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Manakala kapal-kapal mereka yang lain ialah VIRGO yang berpengkalan di Singapura dan GEMINI pula berpengkalan di Shanghai, China.

Aku memulakan perjalan bersama-sama 9 sahabat lain dari Berjaya Times Squre KL dengan menaiki bas yang sudah termasuk dalam pakej percutian kami. Kami memulakan perjalanan jam 7:30 pagi dan tiba ke Pelabuhan Pulau Pinang dalam jam 01:30 tengahari. Tibanya kami di pelabuhan Pulau Pinang perasaan teruja mula terbit di hati apabila terlihat kelibat kapal yang besar dan indah sedang berlabuh disitu. Turun dari bas kami melangkah masuk ke pelabuhan dan membuat pendaftaran di kaunter. Selesai pendaftaran kami mula melalui pemeriksaan imigresen dan beg-beg kami di x-ray seperti di lapangan terbang. Sesudah itu kami mula menuju ke kapal dan kali ini perasaan teruja aku telah berganda dan kagum apabila mula mendekatinya. Setibanya di pintu kami disambut mesra oleh mascot mereka iaitu seekor burung dan anak-anak kapal yang ceria yang kebanyakan mereka berbangsa Filipina.

 
Apabila melangkah masuk aku terpesona pula dengan keindahan dalaman kapal bagaikan hotel mewah 5 bintang yang terapung di lautan luas. Kami terus menuju ke kabin-kabin kami mengikut ID masing-masing. Bilik kami ialah kategori OCEANVIEW STATEROOM WITH WINDOW yang merupakan kabin standard. Walaupun bilik ini agak sempit tetapi memuaskan, terdapat TV, mini bar dan bilik air di dalamnya. Aku pun berehat dahulu mehilangkan letih sebelum bersiap-siap untuk PARTI SELAMAT DATANG yang akan berlangsung jam 5:30 petang nanti.

            
Selepas bersiap-siap untuk parti, aku dan sahabat-sahabat menuju ke tingkat 10 iaitu di bumbung kapal yang terdapat dataran luas dengan sebuah kolam renang dan jakuzi. Disitu ada “live band” dan deretan BBQ yang siap tersedia. Suasana sangat meriah dengan persembahan nyanyian, tarian dari kru-kru dan penumpang. Parti berlangsung sehingga pukul 10 malam.
  
HARI - 2

Selepas tidur dengan nyenyak terasa badan sangat segar dan apabila jenguk sahaja ke luar tingkap sudah kelihatan Pantai Phatong Phuket, Thailand. Hati pun berbunga-bunga terus bergegas mandi dan bersiap-siap untuk segera sarapan pagi dan tidak sabar untuk meneroka Phuket. Sarapan yang disediakan memuaskan dan pelbagai masakan dari melayu, india dan barat. Selesai sarapan kami mula beratur untuk menaiki feri kecil untuk dibawa ke pantai. Tiba sahaja di pantai, kami di jemput oleh pemandu pelancong dan terus membawa kami ke bas. Suasana pantai Phatong sangat meriah dan sarat dengan pelancong-pelancong yang mejoritinya orang putih. Kami pun mulakan lawatan ke destinasi-destinasi menarik seperti kilang gajus, kedai t-shirt, rumah api dan banyak lagi. Lawatan kami sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi bersama sahabat-sahabat karib. Setelah selesai lawatan kami menikmati pantai dan sebelum balik ke kapal kami berurut tapak kaki yang sangat melegakan.

Tiba sahaja di kapal kami terus pergi makan malam, semasa asyik menikmati makanan, meja kami didatangi Chef Eksekutif kapal yang merupakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu iaitu Chef Syaiful. Dan kami dimaklumkan bahawa beberapa restoran didalam kapal sudah mendapat sijil pengiktirafan halal dari JAKIM. Selesai makan kami pergi melawat kelab malam dan menikmati muzik dan menari.    

HARI - 3
Walaupun letih dengan aktiviti semalam kami masih mampu bangun dengan gembira kerana teruja untuk melawat Krabi pula. Seperti semalam, selepas sarapan pagi kami mula beratur untuk menaiki feri untuk membawa kami ke pantai Krabi. Pantai Krabi lebih tenang dan Indah berbanding Phuket dan pelancong tidak terlalu ramai. Kami mulakan lawatan dengan menaiki bas dan destinasi pertama ke persembahan ular tedung dan beruk. Pertunjukan sangat hebat dan menggerunkan apabila mereka melakukan aksi-aksi merbahaya dengan ular-ulat tedung yang pelbagai jenis dan saiz. Kemudian kami melawat Taman Ikan yang unik kerana sungai semulajadi dijadikan tempat penternakan ikan yang pelbagai jenis. Selesai lawatan kami membeli-belah di kedai-kedai yang terletak di pantai Krabi yang banyak menjual cenderamata. Selesai sahaja kami pun pulang ke kapal kerana perlu bersiap-siap untuk makan malam “Fine Dining” bersama-sama kapten kapal yang merupan orang putih dari Sweden. Sebelum makanan dihidang kami disajikan persembahan tarian dari pelayan-pelayan restoran. Makanan sangat memuaskan dan yang menariknya sedang kami menjamu selera tiba-tiba muzik selamat hari jadi berkumandang dan pelayan-pelayan menyanyi bersama dan seorang dari mereka membawa kek ke meja kami. Rupa-rupanya salah seorang dari sahabat kami menyambut harijadinya semalam. Selesai makan malam kami pergi ke STARDUST LOUNGE untuk menyaksikan persembahan penari-penari dari Rusia dan pertunjukan ahli silap mata dari Australia yang sangat hebat. Selesai persembahan kami semua pergi tingkat 10 di bumbung kapal untuk berehat sambil ditiup angin laut yang dingin dan menenangkan.


HARI - 4
Hari ini aku bangun tidak bergegas kerana hari ini merupakan hari terakhir di kapal. Selesai mandi aku pun mula mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg. Selesai berkemas aku dengan sahabat-sahabat lain pergi sarapan dan bersantai di tepi kolam renang. Dalam jam 2:30 petang kapal tiba semula ke pelabuhan Pulau Pinang dan kami pun turun dan menaiki bas yang sudah menunggu kami untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Pengalaman di atas kapal sangat Indah dan unik kerana inilah kali pertama pengalaman bercuti di atas kapal dan yang pastinya bukan yang terakhir….
 
 

No comments:

Post a Comment